Ketahui 3 jenis simpanan (pelaburan) yang anda harus ada. Kita sudah pun berkongsi dengan anda semua “3 sebab kenapa anda perlu menyimpan wang mulai sekarang” semalam, apa kata, dari simpanan anda itu, anda laburkan duit tersebut supaya ia mendatangkan manfaat kepada anda di masa hadapan.

1) Untuk kecemasan (3 -6 bulan)
Kadang – kadang kita tidak medapat lindungan insurans dengan terma – terma mereka. Kalau dapat pun, ada yang hanya dapat separuh dari bill kita. Situasi kecemasan, boleh berlaku pada bila-bila masa sahaja. Jika anda mempunyai sebarang tanggungan, anda seharusnya mempunyai jumlah simpanan yang cukup untuk 6 bulan perbelanjaan. Kalau tidak, cubalah simpan untuk 3 bulan perbelanjaan anda.

2) Simpan jangka pendek (1- 5 tahun)
Dengan pelaburan untuk jangka masa pendek anda boleh memenuhi matlamat dan hasrat peribadi anda seperti, perkahwinan, deposit rumah atau percutian jelajah eropah solo anda.

3) Dana persaraan
Wang Persaraan … sahaja tidak lagi mencukupi untuk kita bersara dengan selesa dan sempurna. Hampir separuh pesara telah menggunakan kesemua wang simpanan mereka dalam tempoh 5 tahun selepas bersara. Anda boleh melaburkan wang anda kepada dana yang berisiko rendah yang akan mendatangkan pulangan yang stabil.

Hubungilah saya bagi mendapatkan dana-dana atau produk yang bersesuaian dengan matlamat anda.

Biar duit anda bekerja untuk anda!