Kelebihan yang paling jelas adalah perlindungan hutang kepada para pemegang sahamnya di mana pendedahan terhad kepada jumlah modal saham yang mereka melanggan.

Photorealistic 3D sky-high succress street sign

 
Mereka tidak bertanggungjawab atas mana-mana amaun hutang luar pegangan saham mereka, dengan syarat tidak ada penipuan atau penyelewengan lain.
Sebagai contoh, sekiranya syarikat Ahmad Sdn Bhd mempunyai hutang RM500k, hutang adalah tanggungjawab syarikat bukan hutang Ahmad.
 
Rumah dan kereta yang di bawah nama Ahmad tidak akan dirampas dan dilelong. Hanya asset syarikat sahaja untuk cagar segala hutang syarikat.
 
Berbeza kalau syarikat Ahmad Enterprise, hutang syarikat adalah hutang peribadi. Kalau Ahmad ada hutang RM500k, habis lah segala asset milikan Ahmad. Rumah, kereta semua kena tarik.
 
Bayangkan kehidupan Ahmad selepas segala harta ditarik. Lagi sengsara kalau Ahmad sudah berkeluarga.
 
Sebab itu lah, Sendirian Berhad sangat penting. Tak mahal pun nak upgrade. Kalau masih confuse dan nak tahu lebih lanjut, boleh hadir ke Bengkel Sendirian Berhad Heroes.
Kredit : Tukang Fikir