Prinsip 1: [LEBIH CEPAT ANDA MENYIMPAN LEBIH SENANG]
.
.
Tahukah anda seorang yang berumur 25 tahun menyimpan sebanyak RM100 sebulan (RM1,200) akan mengumpul RM349,000 apabila beliau berumur 65 tahun (faedah sebanyak 8% setahun)?

Jika beliau menunggu selama 5 tahun, jumlahnya kurang sebanyak RM120,000 selepas mencapai tempoh persaraan, dan jika menunggu sehingga 10 tahun LAGI, jumlahnya akan berkurangan sebanyak RM200,000!

Dengan RM100 sebulan, jumlah yang disimpan selama 10 tahun ialah RM12,000 tetapi kekayaan yang hilang ialah RM200,000.

Ini adalah satu impak daripada faedah compound iaitu wang yang dilaburkan akan dikenakan faedah setiap tahun. Ia seperti pengembala kambing yang mendapat 2, 4, 8, 16, 32, 64, 128, 256 dan seterusnya apabila kambing-kambingnya beranak dan beranak.

Adalah sesuatu yang rugi jika anda masih menunggu dan ia seakan tragedi jika anda tidak menyimpan langsung. Mulakan menyimpan hari ini. Kerajaan telah menyediakan ASN, ASB, WAWASAN 2020 dan sebagainya untuk anda mula menyimpan.

———————————–

Prinsip 2: [ BILA ANDA MENYIMPAN SAMA PENTING DENGAN BERAPA BANYAK ANDA MENYIMPAN]

Katakan dua orang yang sama umurnya telah menyimpan RM5,000 setahun selama 15 tahun. Jumlahnya ialah RM75,000 Orang yang pertama menyimpan dari umur 20 hingga 35, sebelum berkahwin. Orang yang kedua menyimpan jumlah yang sama tetapi selepas anak-anaknya bekerja. Beliau menyimpan sebanyak RM75,000 dari umur 55 hingga 65.

Semasa berumur 65 tahun, orang yang pertama tadi, jumlah simpanannya menjadi RM750,000! – 10 kali daripada jumlah yang disimpan. Ia merupakan satu perbezaan yang besar daripada orang yang kedua yang mengumpul hanya RM75,000, walaupun kedua-duanya menyimpan jumlah yang sama.

Perbezaannya ialah bukan berapa banyak yang disimpan tetapi bila simpanan itu mula dibuat.

Kesimpulannya ialah kita perlu menyimpan seberapa banyak yang boleh dan seawal yang boleh!.

—————————————–

Prinsip 3: [ BERAPA BANYAK ANDA SIMPAN ADALAH LEBIH PENTING DARIPADA BERAPA BANYAK PENDAPATAN ANDA].

Nampaknya seperti membingungkan, tetapu anda tidak perlu mempunyai pendapatan besar untuk menjadi kaya.

Dinegara maju, ramai orang dengan pendapatan biasa sahaja telah menjadi kaya kerana mereka berjimat dan menyimpan lebih banyak daripada orang lain. Mereka yang dengan konsisten boleh menyimpan lebih 10 peratus akan menjadi lebih kaya dengan cepat daripada mereka yang tidak menyimpan.

Contohnya satu keluarga yang berpendapatan RM30,000 setahun. Katakan mereka berjimat dan berjaya menyimpan 25% daripada pendapatan sebulan dibank, menjadj RM7,500 setahun (RM625 sebulan). Selepas 25 tahun, pendapatan yang dikumpul ialah RM594,000.

Sekarang bandingkan dengan keluarga yang berpendapatan RM50,000 setahun, tetapi mereka suka berjoli dan hanya menyimpan sebanyak 5% daripada pendapatan atau RM2,500 setahun (RM208.33 sebulan). Selepas 25 tahun, pendapatan terkumpul dibank islah hanya RM198,000.

#XOD
#PRINSIPSIMPANAN
#EDMONDHAMDAY
#XODINTEGRATEDMARKETING