4 CARA MUDAH UNTUK RANCANG PELAN PERSARAAN UNTUK BERSARA LEBIH AWAL
=========================


.
.
.
1. *Tentukan umur persaraan*
.
Perkara pertama yang anda perlu lakukan adalah untuk mengetahui usia yang sesuai untuk bersara. Jika anda mahu bersara ketika umur 30 tahun, ini bermakna anda perlu bekerja keras selama 5 tahun (mula dari umur 25 tahun).
.
.
Namun, terdapat dua definisi ‘bersara’ yang ada di Malaysia. Pertama, bersara terus dari melakukan pekerjaan dan mula menikmati kehidupan. Kedua, bersara dari pekerjaan hakiki atau ‘makan gaji’ dan lakukan perkara yang anda minat seperti perniagaan yang diinginkan.
.
.
2. *Pendapatan yang anda perlukan*

Seterusnya, tentukan jumlah pendapatan bulanan yang anda perlukan untuk teruskan hidup tanpa sebarang masalah. Jumlah pendapatan tersebut bergantung kepada gaya hidup sesorang yang berbeza. Sesetengah individu sudah selesa dengan pendapatan RM5,000 sebulan manakala ada juga individu yang perlukan RM10,000 sebulan.
.
.
Jika anda mahu bersara dan pergi melancong ke luar negara, anda mungkin memerlukan pendapatan yang lebih besar setiap bulan. Namun, jika anda mahu bersara dan tinggal di kawasan kampung untuk menikmati ketenangan, jumlah yang diperlukan tidak terlalu tinggi.
.
.
3. *Pelaburan yang sesuai*

Selepas anda menentukan jumlah pendapatan bulanan yang diperlukan, anda sudah boleh merancang beberapa cara untuk mendapatkan pendapatan tersebut.
.
.
Pengiraan asas, jika anda mempunyai wang tunai sejumlah RM1,000,000, anda sudah boleh bersara dengan pendapatan bulanan sebanyak RM5,000 jika anda meletakkan wang tersebut di dalam akaun Tabung Haji atau pelaburan yang mampu beri pulanga serendah 6% setahun.
.
.
Untuk mendapatkan RM1,000,000 tunai melalui perniagaan bukanlah sesuatu yang sukar. Namun, bagi mereka yang tidak meminati perniagaan, boleh cuba mendapatkan wang tersebut melalui pelaburan.
.
.
Jika anda menyimpan RM1,000 setiap bulan (RM12,000 setahun) dalam akaun bank, anda memerlukan 83 tahun untuk mencukupkan wang simpanan tersebut untuk menjadi RM1,000,000. Berbeza pula jika anda menyimpan RM300 setiap bulan di dalam akaun unit trust, anda hanya memerlukan 30 tahun untuk mendapatkan jumlah yang sama.
.
.
Manakala melalui pelaburan hartanah pula, peningkatan harga rumah selepas 5 tahun yang tinggi memudahkan anda mengumpul wang tersebut. Berdasarkan beberapa kes bagi rumah baru yang dibina pada harga RM500,000, rumah tersebut telah meningkat nilainya sehingga RM1juta selepas beberapa tahun sahaja. Ini bermakna, anda sudah boleh dapat keuntungan kasar sebanyak RM500,000 dengan satu unit rumah sahaja.
.
.
Selain itu, jika pendapatan pasif anda juga sudah melebihi dari jumlah yang anda perlukan, anda sudah boleh bersara lebih awal. Contohnya, jika anda mempunyai rumah sewa yang mampu berikan anda pulangan positif RM5,000 setiap bulan, jumlah tersebut sudah mencukupi.
.
.
4. *Aset tanpa hutang*

Akhir sekali, rancang tempat tinggal yang anda mahukan lebih awal sama ada mahu tinggal di kampung atau di bandar. Jika anda beli rumah ketika usia masih muda iaitu 25 tahun dengan tempoh pembiayaan sehingga 30 tahun, rumah anda akan bebas dari hutang ketika anda berusia 55 tahun.
.
.
Jika anda mahu bebaskan rumah tersebut dari hutang lebih awal, anda boleh pendekkan tempoh pembiayaan dengan pihak bank.
.
.
#EdmondHamday
#Persaraan
#NilaiPersaraanAnda
#Coach
#PasifIncome
#RancangPersaraan