MY MENTOR
.
.
.
Ramai orang bertanya dgn saya. Siapa Mentor saya dalam berbisnes???
.
.
Bukannya kita tak blh berjaya tanpa mentor, tapi kita perlukan mentor utk bantu kita FOCUS dan KONSISTEN dgn apa yg kita buat.
.
.
Sebagai contoh, Tiger Wood seorang pemain golf terkenal dan no.1 dunia pun mempunyai mentor, Lee Chong Wei pemain badminton no 1 dunia pun perlukan mentor. Nicol David, Ronaldo dan ramai lagi.
.
.
Ini kan lagi kita, sangat perlukan mentor. Bukan sekadar mentor tapi seorang yg terbukti berkesan dan melahirkan ramai org berjaya.
.
.
Bagi saya, untuk berjaya kita perlu tahu perkara pertama yg sgt penting sebelum memulakan sesuatu. Iaitu HALATUJU atau MATLAMAT atau ROAD MAP. Sebab jika kita tak tau kemana arah dan matlamat yg kita nak capai. Agak mustahil utk kita berjaya.
.
.
Dulu, saya buat apa saja selalu terjatuh atau terlanggar dinding. Sebab tidak tau cara dan tidak mempunyai mentor. Saya dahulu asal nya seorang pegawai akaun utk beberapa company swasta.
.
.
Saya memang tak minat dalam bidang akauntan sebab sejak saya Sekolah Menengah memang kelas Science. Memang takde asas dlm bidang akaun. Tetapi bila terima “UPU” result, antara 10 pilihan semua engineering kecuali pilihan terakhir iaitu akaun. Saya tidak punyai pilihan terpaksa memilih drpd langsung tiada.
.
.
Dugaan semasa nak sambung belajar ke Universiti pilihan iaitu UTM-KL rumah banjir di Sabah sehari sebelum flight. Tetapi dgn NIAT dan AZAM nak berubah saya cekal utk pergi juga.
.
.
Diringkaskan, sy selepas graduate sebagai 3.2 CGPA dalam bidang DIPLOMA PERAKAUANAN.Sy telah berkerja lbh 9 tahun pengalaman. Pelbagai dugaan yg sy tempuhi. Sehingga lah sy berkecimpung MLM, SKIM CEPAT KAYA yg sy sendiri pun tak tau dan selepas tu sy berniaga secara fizikal produk di pejabat kerajaan dan swasta dan sehingga mempunyai lbh dari 3 kedai cawangan.
.
.
Malangnya dgn ilmu yg tak banyak. Sy terpaksa tutup kedai saya 1 demi 1 sehingga lah saya pergi ke kelas Dr Azizan Osman. Kelas IMKK, AMP dan lain2. Sejak dari itu sy mula faham dan tidak lagi langgar dinding.
.
.
Saya mula berkecimpung dlm bidang online bisnes dan dalam bidang kewangan Unit Amanah. Hidup lebih teratur dan selesa. Saya sentiasa menghadiri apa2 seminar utk upgrade ilmu sy. Saya percaya dgn ILMU saya boleh mengubah HIDUP biasa2 dan dari langgar dinding. Antara mentor sy dlm hidup ialah DR LAWRENCE NG, Yusof YSF, AZIZAN OSMAN, NAJIB ASSADOK dan lain2 lagi.
.
.
Sekarang sy bermentorkan Azizan Osman dari mula sehingga kini kerana beliau banyak membantu ramai org biasa2 menjadi sekurang2 at least hidup lebih mudah dan memberi manfaat kpd ramai orang. Ramai anak didik nya yg berjaya .
.
.
Saya percaya banyak lagi cabaran dan dugaan dalam hidup kita. Betul dunia hanya lah sementara dan akhirat adalah halatuju utama. Saya selalu terfikir apakah yg kita kejar selama ini dan untuk siapa.
.
.
Hidup lah dalam memberi manfaat kepada ramai orang dan kurangkan membawang dan FOCUS dalam improve diri dari semasa ke semasa.

#EdmondHamday
#XODIntegratedMarketing
#PakarKewangan
#PakarOnlineMarketing
#AlwaysBEHUMBLE
#STAYCOOL
#IAMYOURNEXTMENTOR