Biar betul? Saya pun nak lah. mcm mana tu….?

.
.
Sabar ye. Baca ni dulu…
.
.
Ramai orang yang belanjakan ribuan ringgit membuat renovasi rumah mereka, kononnya untuk menambahkan nilai kepada rumah tersebut.
.
.
Kebanyakkan kes ianya tidak. Yang penting ialah lokasi yang menambah nilai kepada rumah tersebut dan bukannya hiasan.
.
.
Mereka selalu mengatakan ianya adalah satu pelaburan dalam mencantikkan rumah. Wang tersebut lebih baik digunakan untuk membayar hutang rumah tersebut.
.
.
Perkara yang paling rugi dilakukan oleh ramai orang sepanjang hidup mereka ialah membayar pinjaman rumah (mortgage) dan selepas bersara mereka dapati rumah sudah habis dibayar tetapi tidak mempunyai simpanan di bank langsung.
.
.
Untuk pinjaman rumah tersebut, saya cadangkan anda kurangkan jumlah pinjaman oleh demikian anda boleh membayar dalam masa 10 tahun saja. Ini bukan bermakna anda harus membuat pinjaman selama 10 tahun. Saya cadangkan anda mengambil 20 atau 25 tahun masa pinjaman, tetapi membuat kiraan untuk membayar lebih pinjaman tersebut supaya ianya boleh dibayar habis dalam masa 10 tahun.
.
.
Jika anda sudah membuat pinjaman dan tidak boleh membayar dalam masa 10 tahub, anda harus membuat sesuatu dengannya.
.
.
7 CARA MELEPASKAN DIRI DARIPADA PINJAMAN PERUMAHAN

Terdapat beberapa cara mudah, tetapi berkesan untuk mengurangkan pinjaman rumah anda. Lihat contoh Encik Husin yang membuat pinjaman sebanyak RM50,000 selama 20 tahun pada faedah sebanyak 12%. Bayaran sebulannya ialah RM550.54 dan jumlah dibayar selepas 20 tahun ialah RM132,129 (RM50,000 pinjaman dan RM82,129 ialah faedah bank).

Cara 1: Tambah Bayaran Anda Sebanyak Mungkin Yang Termampu.

Katakan Encik Husin mendapat kenaikan pangkat tahun ini. Mereka membuat kiraan dan mampu untuk menambah RM20 seminggu ke atas pinjaman tersebut. Beliau telah berjimat sebanyak RM33,792. Jumlah bayaran semua telah berkurang kepada RM98,337 dan pinjaman dihabiskan dalam masa 13 tahun daripada asalnya 20 tahun.

Cara 2: Membuat Satu Bayaran Besar

Encik Husin telah mendapat RM5,000 daripada harta pusaka dan mereka bertekad untuk membayar pinjaman rumah. RM5,000, bayaran besar ini telah mengurangkan pinjaman sebanyak RM37,987 dan jumlah menjadi RM94,142. Pinjaman tersebut habis dibayar dalam masa 14 tahun dan 3 bulan sahaja.

Cara 3: Tukarkan Aset Kepada Wang Tunai

Encik Husin berfikir dan mahu menjual aset lamanya seperti perabut, tv, mesin basuh lama dan berjaya menjual sebanyak RM1,200. Wang itu digunakan untuk membuat bayaran pinjaman rumah. Dengan itu, beliau telah berjimat sebanyak RM11,781 dan membuat bayaran dalam masa 18 tahun daripada 20 tahun.

Cara 4: Kumpul Syiling

Jangan terkejut dengan menyimpan wang syiling bolrh mendatangkan hasil. Encik Husin mula menyimpan syiling RM1 sehari dalam tabung keluarga. Wang simpanan RM1 sehari telah menjimatkan sebanyak RM17,066 dan pinjaman dibayar dalam masa 16 tahun dan 6 bulan sahaja.

Cara 5: Sewakan Bilik

Encik Husin sungguh beruntung kerana mempunyai satu bilik kosong yang boleh disewakan. Mereka menyewakan sebanyak RM150 sebulan dan wang tersebut digunakan untuk membayar pinjaman rumah. Jumlah penjimatan ialah RM46,756 dan jumlah penjimatan keseluruhan menjadi RM85,373 dan tahun penjimatan menjadi 10 tahun daripada asal 20 tahun.

Cara 6: Dua Orang Gaji Lebih Baik Daripada Satu.

Isteri Encik Husin menjaga kanak-kanak dirumah dan mendapat RM100 sebulan. RM30 disimpan dibank dan baki RM70 digunakan untuk membayar pinjaman rumah. Mereka telah berjimat sebanyak RM54,717 dan jumlah bayaran menjadi hanya RM77,412  dan dihabiskan dalam masa 8 tahun sahaja.

Cara 7: Berunding Untuk Mendapat Faedah Rendah.

Encik Husin pergi ke bank dan berberunding dan mendapat kurang 1% daripada 12% kepada 11%. Mereka telah berjimat sebanyak RM24,224 dan jumlah dibayar hanya RM107,905. Pinjaman tersebut boleh dihabiskan dalam masa 16 tahun dan 4 bulan sahaja.

P/s: 7 Cara di atas adalah cara terbaik untuk membuat penjimatan dan mengurangkan jumlah tahun bagi pinjaman perumahan anda. Jika Encik Husin menggunakan kesemua 7 cara tersebut beliau dapat menghabiskan hutang dalam masa masa hanya 5 tahun sahaja daripada 20 tahun yang asal dan membuat penjimatan sebanyak RM77,000! Ini bermakna beliau telah mempunyai selama 16 tahun tanpa hutang, oleh itu wang tersebut boleh digunakan untuk disimpan di bank!.

Jika semuanya gagal – Jauhkan diri daripada hutang!

Jika anda mendapati sukar untuk mengelakkan diri daripada hutang dan anda mempunyai dua perkara yang perlu dibuat: jual aset untuk membayar hutang atau kurangkan taraf hidupan anda/tambah pendapatan lain.

Bagi mereka yang hidup dalam kesusahan, cara terbaik ialah menjual rumah anda dan menyewa rumah yang lebih murah atau membeli rumah yang lebih murah. Bagi yang tidak begitu susah, anda perlu mencari jalan untuk membayar lebih bagi setiap pinjaman yang anda lakukan.

Jangan lupa MENYIMPAN sebanyak 10% peratus setiap bulan! Ini adalah satu peraturan yang MESTI anda lakukan. Cari jalan untuk menambah pendapatan tambahan samada melalui program megastrategies, kerja part time dan sebagainya. Anda perlu bertindak sekarang, gunakan masa sekarang untuk masa depan yang cemerlang.

#XOD #XODINTEGRATEDMARKETING #PAKARKEWANGAN #EDMONDHAMDAY #TEKNIK 10 TAHUN